World Prematurity Day 17 November 2015

World Prematurity Day 17 November 2015



World Prematurity Day 17 November 2015. Tahun kedua kami meraikan hari bersejarah ini. Hanya ibu bapa dan pasukan perubatan yang pernah menjaga bayi pramatang sahaja memahami keadaan yang kami lalui. Kebanyakan masa Ruby membaca informasi berguna dari laman facebook group dan facebook page https://www.facebook.com/WorldPrematurityDay/

World Prematurity Day 17 November 2015


Pengalaman tahun lepas masih segar. Bila diteliti, apa yang ruby nampak. Ramai Ibu taknak bermalam di NICU dengan baby ketika berpantang. Masa awal kelahiran, penyusuan susu ibu memang penting. Selepas melahirkan Adam, Ruby merayu dengan doktor dan jururawat agar dapat katil di dalam wad NICU. Doktor siap cakap yang wad penuh, dah takda ruang untuk ibu selepas bersalin tinggal disini. Apabila doktor bagi tahu yang ada kekosongan katil wad NICU. Allah je tahu apa aku rasa. Sebak. Sebelum dapat katil, 3 hari selepas bersalin, Ruby ulang alik dari rumah ke hospital. Doktor tengok kegigihan Ruby yang berpantang macam tak berpantang. Pam susu dan simpan dalam peti beku hospital. 

Hasilnya Ruby dapat katil dan hampir sebulan berada di NICU dengan Adam. Mula-mula bilik Adam no 1 iaitu Bilik kritikal. Kemudian bilik no 2. Masa bilik no 2 ni doktor bagi bilik. Sebab ada ibu dah daftar keluar. Kemudian lepas seminggu ulang alik dari bilik ibu ke bilik baby. Finally Adam dapat tinggal satu bilik dengan Ibu. Semua peralatan doktor dan nurse masukkan dalam bilik. Warmer, lampu biru. Dapat pula bilik tepi toilet. Alhamdulillah tak jauh berjalan. Suami hari-hari hantar makanan berpantang yang mak Ruby masak. 

Naluri keibuan ni lain macam weyyy. First baby pula tu. Anak lahir 32 minggu pula. Berat pun tak sampai 2 kilogram. Kejap naik kejap turun berat dia. Bayi pramatang ni bukan takat breast feeding je kena jaga. Suhu badan dia kena jaga. Najis dia kena pantau. Berak ke tak. Semua segala segi kena tengok. Kalau kena jaundice lagi la. Teroyak dia sebab taknak pakai spek kapas dan berpampers aje bawah sinaran biru. Adam Jaundice lama. 1 bulan lebih. Bayangkan camana aku dekat NICU tu. Entah macam mana ruby boleh lalui semua ni. Sedih. Pakai barut sendiri, mandi shower berdiri, sapu minyak sendiri, stokin tak tinggal. Jalan macam org jepun. 

Ruby dah lalui semua tu dan rasa bangga dengan diri sendiri sebab boleh jaga diri dan anak. Bila teringat keadaan Adam masa di NICU. Tengok tiub, salotap kat pipi, saluran oksigen kat kepala anak tu? Rambut pun merajuk nak tumbuh. Bila anak Ruby lahir pramatang.  Ruby banyak membaca dan join facebook group ibu premature. Terutama dari luar negara tu. Mereka punya situasi lagi sedih. Bila mereka post gambar perkembangan anak-anak mereka. Kini, giliran Ruby pula baig semangat kat ibu bapa tu. Sebab aku tau. Semangat tu yang penting. Even hospital sediakan pakaian baby. Tapi aku dah sedih cari baju kecik Adam. Sampaikan aku beli dari luar negara. Group ibu bapa preemie juga tolong. Pampers huggies super small pun beli dr luar negara. 

Bayi pra matang ni bijak, cerah masa depan dan hebat. Jagalah mereka. Kangaroo care lah mereka walaupun doktor tak suruh. Buatlah apa yang terbaik. Cakap kat nurse, saya nak susukan anak saya. Masa tu buat lah kangaroo care. Peluk dia. Uisshh aku yang sedih bila mengenangkan nasib. Sebab sampai sekarang Adam dapat layanan terbaik dari ruby dan suami. Jaga kebersihan. Mainan kena bersih. Minuman pun bersih. Persekitaran bersih. Sebab Adam tak boleh bergaul dengan kanak-kanak lain. Dia akan mudah dijangkiti selsema. Takpe. Ibu jaga Adam sampai Adam besar.

Jika ditakdirkan Adam tidak survive masa ruby bersalin. Ruby redha. Mungkin itu percaturan Allah s.w.t. Tapi jika dia selamat. Ruby usahakan bersama-sama Allah s.w.t untuk sama-sama menjaga dia. Kita masih ada peluang dan harapan. InsyaAllah. Ini kisah ruby, ruby alami sendiri. 

Macam-macam ragam sepanjang berada di NICU tu. Ragam dari ibu bapa lain. Hurmmm. Ada yang dtg tengok je. Susu badan tak bagi pun. Hurmm. Nurse siap tanya ada bawa susu tak? "Susu takda lah nurse". Nurse cakap "Susu yang hospital bagi ni bagus, tapi susu ibu lagi lagi lagi bagus.... Puan taknak bawa balik baby ke?" Aku yang terdengar perbualan tu pun sedih sambil susukan Adam. Entah macam mana ibu tu bleh buat mcm tu. Bab ni memang sensitif.

Oh ya tiap kali susukan Adam, aku sering baca selawat, baca Al-Quran. Aku bersembang dengan dia. Dapat respon Adam senyum pun dah ok. Kadang dia tidur masa kangaroo care pun ruby sembang dengan dia. "Opah nak tengok Adam, tapi tak boleh masuk NICU. Ayah kerja, sian ayah kan Adam. Nanti Adam sihat kita pergi jalan-jalan jumpa sedara mara ya. Ramai kawan-kawan ibu nak jumpa Adam. Adam kena sihat tau. Lambat pun takpa. Ibu akan ada dengan Adam". 

17 November setiap tahun adalah hari Bayi Pramatang Sedunia. Ruby sering pulihkan semangat dengan tengok baby preemie yang dah sihat membesar. Kita dibanjirkan dengan kisah sedih aje. Sedangkan kisah kejayaan juga mampu buat kita menangis. Doakan Adam membesar dengan baik. 1 tahun 11 bulan dah sekarang. Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t. Mungkin ada ibu bapa tak sekuat ruby untuk hadapi cabaran ni. Takpe. Bahagian kita lain-lain. Buat yang mana kita mampu k. Demi anak-anak. Kadang kesian tengok suami ulang alik ke hospital. Sedangkan ibu ada peluang lebih besar utk selamatkan anak. Iaitu susu ibu dan bonding time. Selamat hari pramatang wahai bayi bayi cilik. Terima kasih Hospital Selayang. Layanan tip top sepanjang disana.

Catat Ulasan

0 Ulasan